Usahawan Telekomunikasi Malaysia

Just another WordPress.com weblog

  • Categories

  • Archives

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Usahawan Muda TM

Posted by Raja Sembang on May 7, 2008

PROGRAM USAHAWAN MUDA TM (PUMTM)

Program Usahawan Muda TM (PUMTM) adalah satu usaha kerjasama Perosma Sdn Bhd, syarikat Edorey Technologies Sdn Bhd dan TM. Program ini dirancang untuk memberi peluang kepada Usahawan Muda mendapatkan pengalaman berniaga dengan modal kecil-kecilan dahulu  sebelum melangkah kepada perniagaan yang lebih besar lagi.

Menara TMProgram ini mempunyai semua sifat untuk berniaga. Bermula dengan modal yang kecil, produk yang berkualiti tinggi, pejabat (incubator) dan web site sendiri.

PUMTM mempunyai dua tingkat pengedar – iaitu pengedar tingkat pertama dan pengedar tingkat kedua. Untuk Pengedar tingkat pertama, setiap produk TM yang dilanggani menerusi usaha anda, anda akan mendapat 100 peratus komisen yang ditetapkan oleh TM. Untuk Pengedar peringkat kedua, anda hanya mendapat 50 peratus komisen yang ditetapkan oleh TM. Sementara produk lain akan diumumkan dari semasa kesemasa.

PUMTM menggunakan konsep jualan secara terus kepada pelanggan dengan komisen yang ditetapkan. Bagaimana anda mengedar produk, bergantung kepada kebijaksanaan anda. PUMTM mempunyai beberapa insentif. Antaranya adalah dengan menjadi ahli 1 Discount Shop. 1 Discount Shop mempunyai program diskaun yang patut diceburi oleh semua orang. Anda akan mendapat komisen referal, setiap kali seseorang itu menjadi ahli 1 Discount Shop atau pun Pengedar peringkat 1 dan 2, menerusi usaha anda.

PRODUK PUMTM

Buat masa ini, PUMTM hanya mempunyai 7 produk utama. Produk ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Produk-produk PUMTM kini adalah: 

  • TM Net Streamyx

  • TM Streamyx Combo

  • TM Home Line

  • TM Business Line

  • TM Let’s Talk

  • Portal Whizz

FAEDAH PENYERTAAN PUMTM

MODAL KECIL. Faedah sebenar PUMTM adalah pembelajaran yang dapat anda lalui semasa proses berniaga kecil-kecilan ini. Walaupun ilmu berniaga itu penting kalau seseorang itu hendak berniaga, tetapi yang lebih penting adalah mempunyai pengalaman dan sikap yang betul dalam mengendalikan perniagaan. Dengan modal yang kecil, anda akan dapat merasai pahit maung dan keseronokan berniaga. Anda akan ketahui, perkara-perkara yang anda perlu tahu untuk lebih berjaya.

PRODUK TM. PUMTM mengedar produk yang sudah dikenali ramai. Malah semua produk TM adalah produk yang dikehendakki oleh setiap lapisan masyarakat. Anda hanya perlu cari mereka yang belum ada produk tersebut dan tawarkan perkhidmatan anda. Anda hanya perlu memberi tahu pelanggan tentang produk TM  dan mengisi borang dengan cara yang betul.

PRODUK PORTAL WHIZZ. PUMTM akan dilancarkan secara rasmi bermula dari 1 Jul 08. Walaupun begitu, mereka yang mendaftar (100 orang pertama) sebagai Pengedar peringkat pertama akan dapat Portal Whizz Premium (berharga RM299 setahun) secara percuma. Portal ini adalah sebuah aplikasi perniagaan yang dibina untuk kegunaan Dunia Interaksi Web. Ini bermakna keseluruhan isi kandungan aplikasi ini adalah 100% di bawah kawalan anda, tidak memerlukan khidmat pakar runding laman web yang tinggi bayarannya. Dengan pakej ini anda mendapat ruang hosting sebanyak 500MB, 5 akaun emel dan boleh memilih subdomain dari yang telah disenaraikan. Dengan tambahan RM100 sahaja, anda akan dapat pakej Super (berharga RM499 setahun). Pakej ini memberi ruang hosting sebanyak 1 GB, akaun emel tanpa had, dan domain sendiri.

PRODUK KAD KEAHLIAN 1 DISCOUNT SHOP. Produk ini akan mula dijual dari 1 Jul 08. Sebagai AHLI KAD KEAHLIAN 1 DISCOUNT SHOP, anda akan mendapat beberapa faedah. Antaranya ialah pembelian produk pada harga yang jauh lebih rendah dari di pasaran. Butir lengkap ada di laman web – www.1discountshop.com.

SEMINAR

Jika anda berminat menjadi Usahawan Muda TM dan memilih untuk melakukannya menerusi Program ini, anda perlu hadir Seminar Percuma Khas untuk PUMTM seperti berikut:

LOKASI

1 Discount Shop (bersama-sama kedai Clara International)

7B Jalan SS15/4G,
47500 Subang Jaya, SELANGOR

 

HARI/TARIKH
Setiap  Hari kecuali Isnin

 

MASA

1000 – 1200

1445 – 1645 (Sabtu sahaja)

 

AGENDA SEMINAR

  • Matlamat dan Agenda Program

  • Hak Pengedaran

  • Peluang dan ganjaran (termasuk komisen jualan setiap produk) yang bakal anda perolehi

  • Modal dan kaedah pembentukan saluran pengedaran produk

 

Sekiranya tarikh seminar tidak begitu sesuai bagi anda, anda boleh memaklumkan tarikh yang sesuai semasa mendapatkan KOD JEMPUTAN. Cara mendapatkan kod ini seperti diterangkan di bawah.

Hubungi

03 5633 3242 atau

03 5631 4005 atau

03 5632 4006 atau

03 5636 4007 atau

03 5631 5008 atau

012 512 0365

 Anda juga boleh emel: perosma@1discountshop.com.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Hello world!

Posted by Raja Sembang on April 25, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment »